Kelebihan dan kekurangan membina rumah sendiri
08:13
Memang benar sekiranya kita membina rumah sendiri, banyak kos dapat dijimatkan berbanding membeli rumah sedia siap daripada pemaju SEKIRANYA anda mempunyai pengetahuan mengenai pembinaan (construction) dan juga prosedur untuk melakukan pembinaan serta MEMPUNYAI TANAH SENDIRI. Sebelum saya senaraikan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan membina rumah sendiri, saya akan terangkan mengenai prosedur utama dalam membina rumah.
Seterusnya kita perlu mempunyai kebenaran untuk membina yang diakui oleh majlis perbandaran. Kita ketepikan kes-kes membina rumah di kawasan luar bandar kerana kebanyakannya tidak tertakluk dengan pihak majlis perbandaran. Kita fokus kepada kes-kes untuk membina rumah di kawasan yang tertakluk di bawah kawasan majlis perbandaran. Untuk mendapatkan kebenaran, kita harus mempunyai pelan pembinaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Jadi, untuk itu arkitek dan juga perunding (consultant) perlu dilantik. Perlantikan arkitek adalah untuk mendapatkan rekaan asas rumah anda berdasarkan konsep yang anda pilih. Untuk perunding pula, ianya ada beberapa bahagian iaitu perunding struktur, mekanikal dan elektrikal, juga perunding juruukur bahan (Quantity surveyor).
Sesetengah kes sekiranya inginkan hiasan dalaman yang cantik, pemilik perlu untuk melantik perunding hiasan dalaman (interior designer). Pemilik perlu mengambil kira bajet untuk melantik mereka. Perlu diingatkan, peringkat ini merupakan salah satu peringkat yang kritikal dalam menentukan kos pembinaan rumah anda. Adalah penting untuk memastikan semua rekaan mematuhi bajet yang anda tetapkan terutamanya untuk bahagian hiasan dalaman. Untuk hiasan dalaman anda seharusnya tahu untuk mengawal mereka daripada mengeluarkan rekaan yang berlebihan (excessive design) yang mana kadangkala boleh membuatkan anda menggeleng kepala.
Sekiranya peringkat awal sudah selesai, peringkat kritikal yang seterusnya adalah ketika memilih kontraktor untuk membina rumah anda. Pemilihan ini adalah penting untuk memastikan kontraktor yang anda pilih berpengalaman dalam membina rumah berkualiti dengan harga yang mematuhi bajet anda dan juga tempoh pembinaan (construction period). Peringkat terakhir sekiranya pembinaan sudah selesai adalah anda harus menunggu kebenaran menduduki yang diakui oleh pihak majlis perbandaran. Perkara ini akan diselesaikan oleh arkitek dan juga perunding-perunding yang anda lantik. Sekiranya selesai, anda sudah boleh menduduki rumah yang anda sendiri bina, mengikut kemampuan.
Jadi, jika anda sudah faham mengenai prosedur utama yang saya nyatakan di atas, sekarang anda mungkin sudah tahu apa kelebihan dan kekurangannya sekiranya kita membina rumah sendiri berbanding membeli daripada pemaju.
Kelebihan membina rumah sendiri:-
- Bajet pembinaan dikawal oleh anda sendiri bergantung kepada kemampuan
- Segala keuntungan yang mampu diambil oleh pemaju menjadi milik anda
- Anda bebas menentukan konsep dan rekaan rumah yang anda mahu
Kekurangan membina rumah sendiri:-
- Anda wajib memiliki tanah sendiri terlebih dahulu dan ini selalunya menjadi halangan bagi mereka yang ingin membina rumah sendiri
- Anda harus mempunyai pengetahuan mengenai bidang pembinaan walaupun serba sedikit.
- Pemilihan arkitek, perunding dan kontraktor adalah kritikal dalam menentukan kekemasan rumah anda, terutamanya dalam memilih kontraktor binaan.
- Anda terlibat dalam risiko pertambahan kos sekiranya tidak mampu untuk mengawal keinginan dalam mereka terutamanya hiasan dalaman.
- Sekiranya pembinaan terhenti akibat masalah kontraktor (lari, bankrup atau sebaliknya), kos kerugian akan ditanggung oleh anda sendiri.
Jadi, itu sahaja yang dapat saya ceritakan berdasarkan pengalaman yang ada. Semoga mampu membantu sesiapa yang memerlukan.
1 comments
The Casino Directory | JtmHub
ReplyDeleteThe Casino Directory is a complete novcasino directory for casino and apr casino sportsbook operators in Ireland 출장안마 and Portugal. Jtm's comprehensive directory provides bsjeon you https://febcasino.com/review/merit-casino/ with more than 150